UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
Kerjasama Strategik Kebajikan Kesihatan Nasional
Yayasan Ar Riduwan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Norraudah Binti Abd Rahman, Pengarah Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai atas sambutan mesra dan sokongan padu dalam menjayakan kerjasama strategik kebajikan kesihatan antara pihak hospital dan Yayasan Ar Riduwan.
Hasil perbincangan dalam sesi mesyuarat rasmi baru-baru ini membuka peluang besar kepada:
✅ Peningkatan bantuan untuk pesakit asnaf & kurang berkemampuan,
✅ Penaiktarafan fasiliti serta keperluan perubatan hospital,
✅ Pelaksanaan sistem pintar “YAR Care” bagi pemadanan bantuan kesihatan secara digital.
Kami amat menghargai keterbukaan dan iltizam pihak hospital dalam usaha menyantuni masyarakat yang memerlukan. Semoga kolaborasi ini terus memberi manfaat dan impak berpanjangan kepada sistem kebajikan kesihatan negara.
“Bersama Menyantuni Ummah, Membina Harapan”
Yayasan Ar Riduwan
#yayasanarriduwan #kerjasamaStrategik #KKM #KesihatanUntukSemua #yarcare #danakhairatkesihatan #wakaftunai #asnaf #fypシ゚viralシfypシ゚viralシalシ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TOP