UCAPAN TERIMA KASIH KUNJUNGAN HORMAT
YAYASAN AR RIDUWAN KE PEJABAT PENGERUSI PUNB
Pihak Yayasan Ar Riduwan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada pihak Yayasan di Pejabat Pengerusi PUNB baru-baru ini.
Kunjungan ini sangat bermakna buat pihak Yayasan dalam usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara badan kebajikan dan institusi korporat demi memperkasakan agenda sosial dan ekonomi negara, khususnya dalam bidang kebajikan kesihatan dan pembangunan komuniti.
Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara Yayasan Ar Riduwan dan PUNB, demi manfaat masyarakat yang memerlukan di seluruh negara.
“Menjalin Kerjasama, Menyemai Kebaikan”
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi Yayasan Ar Riduwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TOP