📌

KUNJUNGAN HORMAT RASMI YAYASAN AR RIDUWAN KE KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

📌 KUNJUNGAN HORMAT RASMI YAYASAN AR RIDUWAN KE KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
Yayasan Ar Riduwan telah mengadakan satu kunjungan hormat dan sesi libat urus strategik bersama:
YBhg. Dato’ Indera Dr Nor Azimi binti Yunus
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan),
Kementerian Kesihatan Malaysia
Perjumpaan ini turut disertai oleh wakil-wakil utama dari pelbagai bahagian KKM:
🔹 Bahagian Perkembangan Perubatan
Dr Mohd Ridzwan bin Shahari
Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital
Puan Norhasifah binti Md Isa
Ketua Unit, Unit Penilaian Teknikal Tabung Bantuan Perubatan
🔹 Bahagian Kejururawatan
Matron Kartina binti Mohammad Manan
Timbalan Pengarah
🔹 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
Puan Norizah binti Ismail
Timbalan Pengarah, Seksyen Amalan
🔹 Urusetia
Dr Fatin Shazwani binti Zakaria
Pegawai Khas kepada TKP Kesihatan (Perubatan)

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk membincangkan potensi kerjasama strategik kebajikan kesihatan nasional melalui inisiatif Yayasan Ar Riduwan, khususnya dalam pembangunan sistem digital YAR CARE — sebuah aplikasi khas bagi penyelarasan bantuan kesihatan secara bersepadu antara agensi kerajaan dan NGO.
Dalam perbincangan tersebut, pihak Yayasan turut mendapatkan nasihat teknikal dan hala tuju daripada pakar-pakar KKM dalam membangunkan sistem bantuan digital yang lebih efisien dan inklusif, bagi manfaat pesakit asnaf, warga emas, dan golongan B40 yang memerlukan bantuan segera.

✨ Yayasan Ar Riduwan percaya bahawa sinergi antara agensi kerajaan dan pihak NGO mampu membuka ruang kerjasama berimpak tinggi, seiring dengan aspirasi negara dalam memperkasa sistem kesihatan awam secara holistik dan berperikemanusiaan.
#YARCARE #YayasanArRiduwan #KKM #KesihatanUntukSemua #KerjasamaStrategik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TOP