Sesi Penyerahan Daging Korban Yayasan Ar Riduwan
Serom, Sungai Mati & Bukit Gambir
Syiar dikongsi, rezeki diagih bersama
Alhamdulillah, hari ini berlangsung sesi penyerahan daging korban sempena Aidiladha anjuran Yayasan Ar Riduwan kepada penduduk sekitar Serom, Sungai Mati dan Bukit Gambir.
⠀
Terima kasih kepada para penyumbang, sukarelawan dan pasukan petugas yang menjayakan ibadah korban ini.
⠀
Semoga setiap titisan peluh dan sumbangan menjadi saham akhirat buat semua yang terlibat.
⠀
“Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan, maka ia adalah untuk ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan musafir.”
— Surah Al-Baqarah: 215
Misi Sambungan Ziarah & Bantuan Pesakit Asnaf
Esok – Batu Pahat, Melaka & Selangor
InsyaAllah, esok pasukan Yayasan Ar Riduwan akan meneruskan misi ziarah rumah pesakit-pesakit kronik dan asnaf di sekitar Batu Pahat, Melaka dan Selangor.
Doakan perjalanan dan usaha kami dipermudahkan.
Kami komited menyampaikan amanah anda terus ke pintu rumah mereka yang benar-benar memerlukan.
⠀
Satu senyuman, satu harapan.
Bersama kita ringankan beban mereka dengan sumbangan berterusan melalui:
Maybank 551043833248 (Yayasan Ar Riduwan)















