MESYUARAT KALI KE-2 BERSAMA PENGARAH HOSPITAL TEMENGGONG SRI MAHARAJA TUN IBRAHIM, KULAI
Pada hari yang penuh berkat ini, Yayasan Ar Riduwan telah mengadakan mesyuarat kali ke-2 bersama Dr. Raudah, Pengarah Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai bagi memperincikan pelaksanaan Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Hospital (Medical & Bukan Medical) di bawah Projek Kebajikan Kesihatan Nasional Yayasan Ar Riduwan.
Majlis bersejarah ini dirancang untuk berlangsung pada:
📅 23 Oktober 2025 (Rabu)
📍 Dewan Seri Mahligai, Kulai
Antara yang dibincangkan dalam sesi mesyuarat ini termasuklah:
✅ Jenis dan keperluan peralatan hospital (termasuk katil pesakit, kerusi roda, almari ubat, dan peralatan rawatan asas)
✅ Penyelarasan majlis penyerahan dan kehadiran tetamu rasmi
✅ Tatacara penyerahan bantuan secara berfasa kepada pesakit dan pihak hospital
✅ Pelibatan komuniti, sukarelawan dan sokongan korporat dalam menjayakan program
Yayasan Ar Riduwan komited untuk meneruskan agenda kebajikan kesihatan secara menyeluruh, demi membantu hospital-hospital kerajaan dan pesakit dari golongan yang memerlukan.
“Demi Ummah, Demi Kesihatan”
Yayasan Ar Riduwan – Menjunjung Amanah, Menyantuni Umat
#danakhairatkesihatan
#yayasanarriduwan #yarcare #wakaftunai #KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TOP