Yayasan Ar Riduwan Sedia Membantu Anda!
Ramai yang teraniaya, tidak tahu ke mana hendak dituju bila berdepan dengan masalah undang-undang. Tambahan pula, kos guaman yang tinggi seringkali menjadi penghalang untuk mendapatkan keadilan.
Kami di Yayasan Ar Riduwan memahami kesusahan anda.
Dengan kerjasama barisan peguam berpengalaman lebih 20 tahun, kami menyediakan bantuan guaman percuma atau berpatutan untuk golongan yang memerlukan – terutamanya mereka yang sedang menunggu bantuan rasmi, dalam keadaan kewangan sempit atau memerlukan tindakan segera.

Antara Kes yang Kami Bantu:
🔹 Kes Keluarga – Perceraian, hak penjagaan anak, nafkah
🔹 Kes Sivil – Hutang, saman, pelanggaran kontrak
🔹 Kes Jenayah Ringan – Reman, pertuduhan kecil, pembelaan awal
🔹 Isu Harta & Wasiat – Pembahagian faraid, pusaka
🔹 Penipuan / Scammer – Tertipu pembelian, pelaburan palsu
🔹 Undang-undang Pekerjaan – Gaji tidak dibayar, penamatan tidak adil
🔹 Nasihat & Rundingan Awal – Panduan arah tindakan sebelum ke mahkamah
🔹 Kes Kemalangan – Tuntutan insurans, pampasan
🔹 Kes Syariah – Nikah, cerai, hak jagaan & harta sepencarian

🎯 Kenapa Pilih Kami?
✔️ Peguam Berpengalaman >20 Tahun
✔️ Rundingan Awal Tanpa Caj Tersembunyi
✔️ Fokus kepada kes kebajikan dan masyarakat
✔️ Mesra Asnaf, B40 dan mangsa yang memerlukan
✔️ Proses mudah dan telus

Jangan biarkan diri anda dizalimi kerana tidak mampu membayar peguam.
Kami di Yayasan Ar Riduwan percaya bahawa setiap insan berhak mendapat keadilan, walaupun dalam kesusahan.
📞 Hubungi kami sekarang:
📍 Pejabat Yayasan Ar Riduwan
📱 WhatsApp / Call: 019-5299929
🌐 Website: yayasanarriduwan.com
“Kami bersamamu demi keadilan dan kebajikan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TOP