“Satu Ziarah, Seribu Harapan” Yayasan Ar Riduwan Menyantuni Pesakit di Hospital Teluk Intan
Dalam deruan mesin dan tangisan tertahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan, Yayasan Ar Riduwan hadir membawa sedikit sinar – harapan buat mereka yang sedang diuji.
Pengasas Yayasan Ar Riduwan, Puan Nurulaiza Izwana Binti Jasni, diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Muhammad Riduwan, telah turun padang menziarahi dan menyantuni pesakit serta keluarga mangsa anggota FRU (Simpanan Polis Persekutuan) yang sedang dirawat akibat insiden yang menyayat hati.
Dengan penuh rasa kasih dan keprihatinan, Yayasan menyampaikan:
Sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga,
Kerusi malas khas untuk isteri pesakit yang setia menunggu di sisi,
Kemudahan homestay selama 5 hari buat waris yang datang dari jauh, agar mereka dapat terus bersama insan tersayang tanpa beban.
Kami menyaksikan air mata yang jatuh… bukan kerana kesakitan semata, tetapi kerana hadirnya insan-insan prihatin yang membawa erti kemanusiaan.
Namun semua ini tidak mampu kami teruskan tanpa sokongan anda.
Kami menyeru kepada seluruh masyarakat – hulurkan sumbangan anda ke Tabung Kebajikan Kesihatan Yayasan Ar Riduwan. Setiap ringgit yang anda infaqkan, akan menjadi pelita buat pesakit yang sedang bertarung nyawa, dan keluarga yang hampir putus harapan.
“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya, selagi mana hamba itu membantu saudaranya” – (Hadis Riwayat Muslim)
Salurkan sumbangan anda: Yayasan Ar Riduwan Maybank: 551043833248
Bersama kita rawat luka jiwa, bersama kita panjatkan doa dan harapan. Kerana setiap nyawa yang dibantu, adalah saham akhirat yang tak ternilai #yayasanarriduwan














