Yayasan Ar Riduwan telah menziarahi saudara Muhammad Ammar Shafiqin yang terlibat dalam satu kemalangan di Senggarang dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi menjalani pembedahan pinggul yang kritikal. Dalam kunjungan penuh keprihatinan ini, pihak yayasan telah menyampaikan sumbangan perubatan dan keperluan asas kesihatan bagi meringankan beban beliau serta keluarga. Kami juga sedang berusaha menyediakan bantuan tambahan seperti kemudahan ambulan, kerusi roda dan kelengkapan pasca pembedahan. Mari bersama kami – bantu ringankan derita. Setiap sumbangan anda adalah sinar harapan buat mereka yang diuji. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda. Sumbangan boleh disalurkan ke: Tabung Kebajikan Kesihatan Yayasan Ar Riduwan Maybank 551043833248 “Barang siapa yang meringankan kesusahan seorang mukmin di dunia, nescaya Allah akan meringankan kesusahannya di akhirat.” (HR. Muslim) Untuk maklumat lanjut atau ingin menyumbang kelengkapan perubatan: Whatsapp/Hubungi: 019-529 9929 www.yayasanarriduwan.com #PrihatinBersamaYAR#ZiarahKasih#SumbanganKesihatan#YayasanArRiduwan