UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK KEBAJIKAN KESIHATAN NASIONAL
Pihak Yayasan Ar Riduwan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Hospital Kajang atas kesudian menerima kunjungan dan menghadiri Mesyuarat Kerjasama Strategik Kebajikan Kesihatan Nasional yang telah diadakan pada:
Tarikh: 5 Jun 2025
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, HTPN HQ
Kehadiran mesyuarat ini telah membuka ruang yang luas untuk perbincangan bersama berkenaan kebajikan kesihatan rakyat, khususnya usaha memperkukuh sinergi antara pihak hospital dan badan bukan kerajaan demi manfaat pesakit-pesakit yang memerlukan.
Setinggi penghargaan kami tujukan kepada:
Pihak Hospital Kajang:
Pn Tahnani binti Shahabudin – Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pengerusi)
Matron Nor Suraya binti Safar – Ketua Penyelia Jururawat
En Anwar Aizudin bin And Wahab – Ketua Unit Perhubungan Awam
Pn Surianah binti Mohd Aris – Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan
En Muhammad Nasrulllah bin Roslan – Ketua Unit Aset dan Stor
Pihak Yayasan Ar Riduwan:
Pn Nurul Aiza Izwana – Pengasas
En Muhammad Riduwan Safrizal – CEO
En Mohd Zakaria – Ahli Lembaga Pemegang Amanah
En Romzi bin Ithnin – Pengurus Negeri Johor
En Taqiyudin bin Abdul Rahman – COO
Kehadiran dan komitmen semua pihak amat dihargai. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi demi manfaat pesakit asnaf, warga emas, dan masyarakat rentan yang memerlukan sokongan segera dari sudut bantuan kesihatan dan kebajikan.
Pihak kami mendoakan agar segala urusan pihak Hospital Kajang sentiasa dipermudahkan dan diberkati. Insya-Allah, langkah bersama ini akan terus menjadi pencetus kebaikan untuk ummah.
Sekian, terima kasih atas sokongan yang amat bermakna.
“Bersama Membina Harapan, Menyantuni Kemanusiaan”
Yayasan Ar Riduwan










