
TAJAAN IHYA RAMADHAN 1447/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan/Puan yang dihormati,
Kami daripada Yayasan Ar Riduwan ingin memperkenalkan sebuah organisasi kebajikan yang aktif menyantuni golongan memerlukan khususnya dalam aspek kebajikan kesihatan, bantuan asas dan kemanusiaan.
Sempena kedatangan bulan Ramadan 1447H, pihak kami akan melaksanakan Program Ihya’ Ramadan 2026 yang akan berlangsung dari 22 Februari 2026 hingga 14 Mac 2026, bertempat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Program ini merangkumi:
• Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Anak Yatim
• Program Penyerahan Bubur Lambuk
• Sumbangan Keperluan Asas dan Sumbangan Tunai
Antara lokasi pelaksanaan termasuk rumah anak yatim sekitar Ampang, Gombak, Melawati dan Setiawangsa, serta penyerahan bubur lambuk kepada:
• Hospital-hospital kerajaan
• HKL 22/02/2026
• Ampang, 23/02/2026
• Serdang, 24/02/2026
• Sungai Buloh, 25/02/2026
• Selayang, 01/03/20/26
• Kajang)02/03/2026
• Balai Polis dan IPD terpilih
• Masyarakat awam setempat
Melalui program ini, Yayasan Ar Riduwan menyasarkan:
• Menyantuni anak-anak yatim dan golongan memerlukan
• Menghargai jasa petugas barisan hadapan
• Menghidupkan budaya sedekah dan kebajikan di bulan Ramadan
• Mengukuhkan hubungan komuniti dan agensi kerajaan
Sehubungan itu, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan dan tajaan dalam bentuk: • Barangan keperluan asas (beras, ayam, daging, minyak masak)
• Sumbangan tunai dengan sasaran RM25,000 bagi menampung kos makanan, logistik dan pengurusan program
Setiap sumbangan tuan/puan adalah sangat bermakna dan akan disalurkan terus kepada penerima yang memerlukan dengan penuh amanah dan ketelusan.
Kami mendoakan agar segala kebaikan yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, khususnya di bulan yang penuh keberkatan ini.
Sekiranya tuan/puan berminat untuk menaja atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami.0195299929
link profil Yayasan :
👇👇👇👇👇👇
link pembayaran toyib pay
👇👇👇👇👇
https://toyyibpay.com/YAYASAN-AR-RIDUWAN
Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan.
Yang benar,
Yayasan Ar Riduwan

