JUMLAH PENGUNJUNG 592




PROJEK KEMANUSIAAN MENJADI KEUTAMAAN YAYASAN AR RIDUWAN
seperti berikut:
(i) Memberikan bantuan seperti kewangan dan barang
keperluan asas kepada masyarakat yang memerlukan
seperti golongan B40, fakir miskin, warga masyarakat
di kawasan pendalaman, orang asli dan anak hatim;
(ii) memberi pendidikan awal dan keagamaan dengan
kerjasama institut-institut yang berdaftar kepada
golongan B40, anak yatim dan miskin dan
(iii) Memberi keperluan asas perubatan dan peralatan
perubatan seperti tongkat ketiak, katil hospital, kerusi
roda dan sebagainya kepada golongan miskin,
golongan B40 dan kepada yang memerlukan.
(b) Objektif penubuhan pemerbadanan pemegang amanah boleh
dicapai dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:
(i) Mewujudkan “Program Jelajah Asnaf” untuk memberi
bantuan keperluan asas seperti beras, gula, minyak
masak dan sebagainya kepada masyarakat yang
memerlukan di kawasan pendalaman;
(ii) bekerjasama dengan sekolah-sekolah agama seperti
Sekolah Tahfiz Academy Huffaz Internasional Islamic
Assyakirin bagi menjalankan kelas tahfiz secara
percuma;
(iii) menyalurkan bantuan kewangan bagi pembayaran
yuran kepada pelajar asnaf dan fakir miskin untuk
belajar di sekolah-sekolah seperti Sekolah Tahfiz
Academy Huffaz Internasional Islamic Assyakirin
dengan kadar bayaran yang minima atau percuma;
(iv) mengadakan “Program Back To School” dengan
kerjasama dengan badan-badan yang tidak
berasaskan keuntungan seperti Pertubuhan Ekonomi
Pengguna Rakan Islam Malaysia bagi memberi alat-
alat keperluan kepada anak asnaf dan fakir miskin
sebelum masuk sekolah;
(v) berkerjasama dengan pihak kementerian kesihatan
daerah dalam kerjasama Program Klinik Bergerak beri
rawatan am kepada penduduk di kawasan
pendalaman dan masyarakat asli.
(vi) memberi pendidikan tahfiz dan pendidikan awal kanak
kanak dengan kerjasama pusat pengajian berdaftar
dan memberi pendidikan awal kepada kanak, anak
asnaf dan fakir miskin.
(vii) Memberi bantuan yuran bulanan asrama dan
persekolahan kepada pelajar Asnaf di mana-mana
sekolah tahfiz yang berdaftar.
(viii) Memberi bantuan keperluan asas perubatan seperti
kerusi roda, lampin pakai buang, tongkat, peralatan
bantuan oksigen, katil, dan kos pembedahan.

