


Yayasan Ar Riduwan (PPBA 04/2025) adalah sebuah badan amanah yang didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] pada 23 April 2023.(KELULUSAN SEPENUHNYA 28 FEBUARI 2025)Kami ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan pendidikan, kesihatan, dan kebajikan kepada golongan yang memerlukan, termasuk anak-anak yatim, orang kurang upaya, golongan asnaf, serta mereka yang diuji dengan malapetaka dan kesulitan hidup.
Di bawah semangat “Berbakti Demi Ummah”, Yayasan Ar Riduwan memfokuskan usaha dalam:
Menyediakan bantuan kesihatan seperti pembekalan ubat-ubatan, susu, lampin dewasa & kanak-kanak, bantuan kerusi roda dan katil pesakit.
Menyalurkan dana bagi kos pembedahan dan rawatan penyakit kritikal.
Menyediakan khidmat sokongan seperti jururawat & doktor ke rumah.
Memberikan insentif pendidikan dan biasiswa kepada pelajar dan penyelidik.
Mengurus pusat jagaan harian serta klinik komuniti untuk golongan memerlukan.
Kami hadir sebagai penghubung antara penderma dan mereka yang amat memerlukan.
Untuk meringankan beban mereka yang ditimpa kesusahan dan mengangkat martabat kehidupan insan melalui sokongan perubatan, pendidikan dan kebajikan.
Menjadi peneraju badan kebajikan yang menyampaikan bantuan dengan penuh integriti, profesionalisme dan belas ihsan di seluruh Malaysia.
Sumbangan anda mampu mengubah nasib mereka yang sedang bertarung dengan ujian kehidupan. Bersama, kita boleh membawa sinar harapan.
🔗 Klik untuk Menyumbang Sekarang
📞 Hubungi kami: 019-529 9929

Charity NGO WordPress Theme By Classic Templates